31 December 2013

B*D*H

Rupanya dipandang hina,
Mudah memandang enteng,

Ditakrif pada kebodohan,
Kepandaian disenyapkan,
Tidak sedar pada diri,
Bodoh lebih kurang sama,
Pandai pada kata,
Tidak pada hati,
Bodoh punya mentaliti.

Mengabdi Diri

Manusia-manusia,
Mula lupa diri,
Di satu keraian alaf baru,
Berkhayal dalam khayalan diri.

Manusia-manusia,
Sepah sana sepah sini,
Bagai tengkorak mati lupa diri,
Dikerumuni kedaifan sendiri.

Manusia-manusia,
Gampang saja dicaci,
Kemana pergi membawa daki,
Daki hitam susah dicuci,
Hanya menanti maki/mati.

Atasan

Korupsi makin menjadi,
Yang lama tetap diingati,
Yang baru harus dibantah,
Tidak betul pada gaya,
Nasib bawahan habis bersepah.


29 December 2013

# malam itu

Disarung windbreaker meredah jalan. Disarung helmet tujuan keselamatan. Berkaca mata mengelak pedih pada mata. Dipakai hanya seluar potong. Berselipar hipster bagi mencengkam jalan. Kini berhenti di tepi jalan. Menggigil kesejukan memeluk badan. Nusantara merah penyedap badan.

Jalan-jalan main hujan.

Pagi Tadi

Luar luar,
Aku disinari lampu sian jalan,
Aku hinggapkan punggung dibatu tembok,

Luar luar,
Aku berfikir tentang resmi kewujudan,
Aku berfikir tentang diri manusia ini,

Luar luar
Aku diperhina lagi,
Aku masih ada beza dengan mereka,

Luar luar,
Aku kesejukan menggigil,
Aku sedut tembakau kembalikan rasa panas,

Luar luar,
Aku tidak difahami,
Aku dikategorikan sampah,

Luar luar,
Aku hanya degil,
Aku mengikut arus diri,
Aku mengkhayalkan diri,
Aku mensenyumkan diri,
Biar hati ini senyum ke pipi.

30/12/13 | 5:15am | 2535A

24 December 2013

25 Disember

Haziq Haikall Bin Mohd Azman. Tepat jam 11.32 malam pada hari natal 25 Disember 1994 menguek seorang bayi suci dari rahim ibunya yang dikandung selama lebih kurang sembilan bulan. Kesyukuran terhadap ilahi. Simpang-siuk hidup selama sembilan belas tahun sangat mengarut. Terlalu ekstrem sampai aku malas nak sembang. Kalau buat buku mahu diadaptasi jadi filem durasi terpanjang. Ekstrem ekstrem. Syukur ya Allah diatas penghidupan aku selama ini. Alhamdulillah. Kau pertunjukkan lah aku jalan kembali kepada jalan lurus Mu. Terlalu jauh aku terpesong. 

Cerita pendek pertama

Nama aku Alarm. Awal pagi boleh kata hari-hari aku buat kerja macam macai gomen. Berdiri tegak menyanyi tapi ada yang tak peduli. Manusia mesin terus hanyut dalam mimpi-mimpi basah. Aku menyanyi nun dari subuh sampai dhuha. Roma aku mencanak berdiri macam batang tegak. Aku tak pernah dapat gaji atau sikit royalti. Apa aku dapat dedak sikit takpun jagung. 

Kok kokok kookkkkk!
Kok kokok kokkkkkk!
Kok kokok kokkkkkk!

Malam natal

Masa malam memulakan misi.
Tengah malam menyudahkan mimpi.
Tengah pagi menyudahkan ilustrasi.
Awal pagi melestarikan misi.
Akhirnya BARAI.

02 December 2013

Apa dia pagi itu?

Pagi yang hanya bertemankan secawan milo dan sebungkus biskut lexus.

28 November 2013

Kembara

Kembara,
Aku kembara meniti arus dosa,
Dari yang kecil hingga yang besar,
Aku tidak mengendahkan dosa,
Aku redah halal dan haram,
Layakkah aku untukMu?

Kembara,
Aku lemas dalam kembaraku,
Menidakkan kata manusia,
Aku mendustakan kata mereka,
Mengherdik mereka bagai anjing,
Layakkah aku hidup dalam kalangan mereka?

# lemah

Longlai,
Dek kerana usapan manja,
Mengusap jari-jemari,
Balas-membalas,
Bertambah mesra.


14 November 2013

Ni bukan masalah.

Sehari je lagi aku dh nk masuk belajar. Padah nk mula datang. Aku okay sebenarnya nk masuk belajar tapi aku asyik teringat dkat member tepu aku. Rasa sayang nk tinggal depa. Memang lah bila cuti boleh jumpa tapi tetap rasa lain. Dah selalu lepak hari-hari pulak tu. Tiba-tiba kena split lepas tu jumpa time cuti. Uhhh ni gaut. Tapi tak apa member tepu tetap member tepu. Aku tak akan lupa. Hangpa kawan aku dunia akhirat. Tak boleh lawan keakraban johan dgn zizan. Apa bangsat masuk si sewel dua ekor tu. Hahaha. Stayhigh keepgrey!

07 July 2013

ANGGAPAN


dihina, diungkit, ditolak tepi, ibarat dibuang, disisih, tak diendah, dibanding beza,

semuanya salah aku.

bila aku tanya diam.

bila aku tegur diam.

bila ada salah aku dilenting.

masa aku senang semua layan.

bila aku terjelopok sisihkan aku.

dalam rumah ni aku tempat makian.

banyak kali dah aku sabar.

aku pendam.

aku tak nak derhaka.

 elok kah aku mati atau lenyap dari kewujudan mereka?

MAT TEGAR

MACAM MANA BOLEH JADI

aku mula jadi "mat tegar" kepada buku underground atau indie ni bila abg aku buka cerita.

aku mula jadi mcm org ambik tahu pasal benda ni. aku mula review, search google. dan buku pertama yg 

aku review "KASARNOVA" karya Izwan Hafifi org manjung. then aku jinakkan diri dalam benda ni.

member aku Didi pun peminat buku-buku ni. dia pinjamkan aku buku "Kasarnova".

bila baca tabiat jadi kasarnova tinggi nak mampus. daya hasutan kasarnova memg power time tu.

minat aku lagi mula mendalam. time tu sekolah lagi tk mampu nk beli.

aku mula jejak "LejenPress" "Buku FIXI" "TERFAKTAB"

aku pun bnyk pinjam buku abg aku. aku mula lgi tertarik dgn "NeonTerbit" salah satu bukunya

 "MAT TIARA"

habis spm aku start keje dengan niat semata nk beli apa yg aku idamkan.

gaji pertama aku jejak kaki pergi PB1M

aku beli bnyak buku lejen dgn fixi time tu.

nak kata rezeki Aisa Linglung ada time tu. dapat juga autograf dn bergambar dgn dia. 

"ini buku lejen Haziq!" - Aisa Linglung

 Power!

time tu aku rasa mcm aku sorg je org manjung kt situ kira wakil lah haha.

ibarat " jejak mat tegar dari tanah manjung" hahaha


#bersambung


 


23 March 2013

Dia cakap. Aku sematkan.

"Who knows at the end of the day we are meant to be together"

22 March 2013

Harian

Tepi longkang berbicara tentang cerita positif dan negatif. Lokasi longkang lorong gelama 8.