Rupanya dipandang hina,
Mudah memandang enteng,
Ditakrif pada kebodohan,
Kepandaian disenyapkan,
Tidak sedar pada diri,
Bodoh lebih kurang sama,
Pandai pada kata,
Tidak pada hati,
Bodoh punya mentaliti.
31 December 2013
Mengabdi Diri
Manusia-manusia,
Mula lupa diri,
Di satu keraian alaf baru,
Berkhayal dalam khayalan diri.
Manusia-manusia,
Sepah sana sepah sini,
Bagai tengkorak mati lupa diri,
Dikerumuni kedaifan sendiri.
Manusia-manusia,
Gampang saja dicaci,
Kemana pergi membawa daki,
Daki hitam susah dicuci,
Hanya menanti maki/mati.
Mula lupa diri,
Di satu keraian alaf baru,
Berkhayal dalam khayalan diri.
Manusia-manusia,
Sepah sana sepah sini,
Bagai tengkorak mati lupa diri,
Dikerumuni kedaifan sendiri.
Manusia-manusia,
Gampang saja dicaci,
Kemana pergi membawa daki,
Daki hitam susah dicuci,
Hanya menanti maki/mati.
Atasan
Korupsi makin menjadi,
Yang lama tetap diingati,
Yang baru harus dibantah,
Tidak betul pada gaya,
Nasib bawahan habis bersepah.
Yang lama tetap diingati,
Yang baru harus dibantah,
Tidak betul pada gaya,
Nasib bawahan habis bersepah.
29 December 2013
# malam itu
Disarung windbreaker meredah jalan. Disarung helmet tujuan keselamatan. Berkaca mata mengelak pedih pada mata. Dipakai hanya seluar potong. Berselipar hipster bagi mencengkam jalan. Kini berhenti di tepi jalan. Menggigil kesejukan memeluk badan. Nusantara merah penyedap badan.
Jalan-jalan main hujan.
Jalan-jalan main hujan.
Pagi Tadi
Luar luar,
Aku disinari lampu sian jalan,
Aku hinggapkan punggung dibatu tembok,
Luar luar,
Aku berfikir tentang resmi kewujudan,
Aku berfikir tentang diri manusia ini,
Luar luar
Aku diperhina lagi,
Aku masih ada beza dengan mereka,
Luar luar,
Aku kesejukan menggigil,
Aku sedut tembakau kembalikan rasa panas,
Luar luar,
Aku tidak difahami,
Aku dikategorikan sampah,
Luar luar,
Aku hanya degil,
Aku mengikut arus diri,
Aku mengkhayalkan diri,
Aku mensenyumkan diri,
Biar hati ini senyum ke pipi.
30/12/13 | 5:15am | 2535A
24 December 2013
25 Disember
Haziq Haikall Bin Mohd Azman. Tepat jam 11.32 malam pada hari natal 25 Disember 1994 menguek seorang bayi suci dari rahim ibunya yang dikandung selama lebih kurang sembilan bulan. Kesyukuran terhadap ilahi. Simpang-siuk hidup selama sembilan belas tahun sangat mengarut. Terlalu ekstrem sampai aku malas nak sembang. Kalau buat buku mahu diadaptasi jadi filem durasi terpanjang. Ekstrem ekstrem. Syukur ya Allah diatas penghidupan aku selama ini. Alhamdulillah. Kau pertunjukkan lah aku jalan kembali kepada jalan lurus Mu. Terlalu jauh aku terpesong.
Cerita pendek pertama
Nama aku Alarm. Awal pagi boleh kata hari-hari aku buat kerja macam macai gomen. Berdiri tegak menyanyi tapi ada yang tak peduli. Manusia mesin terus hanyut dalam mimpi-mimpi basah. Aku menyanyi nun dari subuh sampai dhuha. Roma aku mencanak berdiri macam batang tegak. Aku tak pernah dapat gaji atau sikit royalti. Apa aku dapat dedak sikit takpun jagung.
Kok kokok kookkkkk!
Kok kokok kokkkkkk!
Kok kokok kokkkkkk!
Malam natal
Masa malam memulakan misi.
Tengah malam menyudahkan mimpi.
Tengah pagi menyudahkan ilustrasi.
Awal pagi melestarikan misi.
Akhirnya BARAI.