13 June 2014

The Moon

Its like a year
I be with you
No matter what
We still together

Darling
Please stay with me
I can't live without you
Everytime I need you with me

You're my heart
You're my life
You're my love
Till I be with you
Don't go away
I need you ... All the time

Baby
I can't live without you
Cause you're the one in my heart
You're the special things for me
You're the one
You're the one
You're the one
For me

11 June 2014

Janji tak buat lagi

Naya
Ini paling naya
Dikejut pagi tapi ketiduran balik
Bila diketahui aku ponteng
Terus tak mahu kejut lagi
Maaf awak
Maaf sayang
Kanda tidak sengaja
Syaitan memberat mata
Janji tak buat lagi

10 June 2014

Derai angin kuat

Derai angin kuat
Wajah kau terbit di langit
Paksi aku berhenti
Memandang kau di langit
Kerap aku teringatkan kau
Setiap saat aku kejar kau
Tak nak aku biar masa berlari pantas
Kerna jiwa manismu yang ada padaku,
Buat aku jadi jernih tidak lagi karat

Kasihan mata

Mata-mata
Mata-mata itu aku lihat semula
Ada kesenian
Ada kesayangan
Ada semuanya
Walau ketumbit naik
Ianya tetap cantik.

Apa saya nak jadi?

" saya nak jadi apa yang saya nk jadi dan akan menyenangkan saya. "

22 May 2014

# Longgokan

Kini diri diratah
Kini baru tahu mana arah
Musim tidak kekal bagai sejarah
Parut monsun kan kekal parah

Tidak guna kau pasrah
Tidak ada yang mahu jadi saksi
Cerita apa yang kau alami
Kerna kau telah diratahi

Pergi lah engkau pergi
Pergi jauh dari sisi
Aku sangsi padamu
Aku benci padamu



# terima dan tolak

Aku hanya pujangga biasa
Dulu kau bisa terima
Berjalan musim kau tak leka
Dimata kau aku istimewa

Aku masih pujangga biasa
Kau berjalan musim bermula
Dikala monsun tiba kau terpana
Kau berjalan tinggalkan aku
Benih mataku kau lupa

# Picisan

Aku bukan hingusan jalanan
Aku bukan tambatan korupsi
Aku ralat pada janji solusi
Aku tak dapat nilai kamu
Dari dulu hingga kini
Harus ditentang cara muda
Bukan pada garis kedut tua

21 May 2014

# Bunga di bulan

Bulan,
Bercahaya terang
Bulan,
Kau kekal mengambang
Tidak ada satu sudut gelap di muka mu

Harum sekuntum bunga
Di muka bulan mengambang
Kembang kau sekuntum
Di tempat tak beratmosfera

Wujud rasa kau istimewa
Boleh mekar di angkasa raya
Bukan loteri tapi kau anugerah
Anugerah kepada sang pujangga

# Tika bulan sayup

Kemari lah bulan
Aku ada disisi mu
Janganlah dikau gusar
Aku setia menanti

Aku tidak punya siapa di hati
Menanti dikau seorang diri
Isi hati aku semua
Jiwa aku hidup bersamamu

19 May 2014

# Harga seorang muda

Aku bukan kapitalisan
Aku bukan siapa-siapa
Dalam diri kamu semua

Aku tak mahu digonggong
Aku tak mahu dikongkong
Oleh barisan yang kosong

Biarkan lah aku
Tradisikan diriku
Wariskan diriku

# Jika kau masih lagi bullshit

Masih adakah rasa serba salah
Atas apa yang telah kau lakukan
Sedarlah diri engkau kini caci maki
Bukannya bahan jadi kawanan

Aku boleh lari-lari
Kami boleh pergi
Takkan lagi menoleh
Lintang-pukang tak memandang
Takkan dapat kejar
Kami lipas kudung 

Sikap engkau tak ada arah
Ada cuma tanda aras
Engkau harus berubah
Ada perubahan

17 May 2014

# kepada bulan

Tinggi di awangan
Tak tercapai nak digapai
Jangan gundah bulan
Bintang ada bersama kau
Jika sinar cerah kau pudar
Bintang masih ada
Biar jauh di semesta
Bintang akan menemanmu
Bintang akan menerangi kau
Selamanya kau terang
Tidak akan pudar.

# separuh


Diri kedua aku
Kau mata aku
Kau telinga aku
Kau mulut aku
Kau tangan aku
Kau semuanya

Kau jasad kedua
Menghidupkan aku
Menjahit aku
Mencuci aku
Bagi aku kenal diri
Shukran kasih



16 May 2014

# Lalu

tak ada apa nak dibicara,
perit yang lalu,
parah yang lalu,
sakit yang lalu,
aku ikat pada roket,
biar berada jauh dari aku,
biar jauh dari angkasa aku,
aku tak nak yang lalu.

# Sebab bulan senyum  merah pipi

Puteri beradu lenalah dalam mimpi,
Putera menunggumu dalam mimipi,
Takkan kanda berangkat pergi,
Kerna dinda bermain dihati.


( ucapan selamat malam )

# Kejut

Aku nyenyak,
Kau sudah bangun,
Kau kejut,
Aku nyenyak,
Kau kejut lagi,
Aku lagi nyenyak,

Kau sebut semua,
Kanda bangun,
Awak bangun,
Adik bangun,
Kekanda bangun,
Weiiii bangun laa,


Ishhh penat ni.

# Pulau buatan

Aku sandar dekat kerusi besi,
Aku lesi lesu,
Aku dongak,
Aku bayang,
Kau dilangit,
Muzik melayang,
Mata aku rehat,
Aku lena akan kau,
Kau terbit dalam lena,
Kau aku punya.


12 May 2014

# Caca Marba

Golongan ramai-ramai
Tengah pagi ini
Bila engkorang nak pergi
Jangan jadikan tempt ini
Perigi yang buta tuli
Sangat rugi kalau tinggalkan
Malam yang didiami bulan
Bulan yang menemani bintang
Sama-sama terang
Lagi kau boleh tenang.

07 May 2014

# golongan fosil

Kembalilah,
Anak muda yang jauh terpisah
Lupakan segala kisah
Janganlah segera pasrah
Kerna kamu penentu arah

Yakinlah anak muda
Engkau itu penentu
Penentu masa
Masa yang bakal tiba

Tika itu kamu berkuasa
Jangan risau asakan berganda
Kerna kamu fosil negara
Bukannya hamba!

# apa mahu lagi

Tak mahu aku terus dimurkai
Jangan kata aku tak menginsafi
Sesudah malam aku meratapi
Kisah duka yang tak aku ingini

Tak tahu kemana aku nak pergi
Dipayung oleh panji-panji
Yang tak mengharap aku bidadari
Mengheret aku jauh dari syurgawi

Aku rasa
Aku perlu mati muda
Tak mahu terus menanggung dosa
Hanya ada senipis bawang pahala.

06 May 2014

# Atas itu

Sorga,
Semua mahukan sorga itu,
Kau! Kau! Kau!
Mahukan sorga itu,
Tapi semua alpa,
Tidak kejar sorga itu.

Semua,
Jadi kesamaran sama dunia,
Dunia yang gelap kealpaan,
Lemas dalam tarian,
Tarian yang kosong,
Kosong yang lopak-lopak,
Lopak yang berair hitam,
Kadang berlumpur.

Buka mata kau semua,
Buka telingan kau semua,
Buka mulut kau semua,
Buka pergerakan kau semua.

Berdiri dimana kau berdiri,
Kejar sorga yang mudah itu,
Sedar dimana kau sedar,
Bidadari menanti kau di sorga.

05 May 2014

# biarkan bicara

Kisah ku takkan pudar
Kerna ramai yang bercerita
Jauh dari kata-kata
Tak ada yang datang bertanya
Apa yang aku rasa

Biar mereka terus bercerita
Cerita yang tak serupa realiti
Jauh panggang dari api
Ibarat mereka memanggang diri sendiri
Di neraka yang nun jauh dari sanubari

Aku terima caci maki
Kerna aku ini baka sperma
Sperma yang tahan maki
Bukan sperma yang senang dikaki

Marilah tusuk aku dengan Taming Sari
Nescaya aku masih berdiri
Kerna apa yang ada padu aku
Hanya satu,
Jangan kau peduli
Tusukan duri-duri
Aku terus berdiri.

# kapal angkasa di landasan laju

Semua ada cara,
Semua ada gaya,
Semua leka-leka,
Dengan cara,
Dengan gaya,
Dengan leka-leka,
Sendiri,
Masing-masing sendiri,
Dengan diri sendiri,
Itu agaknya power,
Mereka sangat power,
Aku tabik power mereka,
Aku asing di mahligai kota ini,
Mereka bisa hidup di kota alien ini,
Manusia power,
Aku kalah dengan itu,
Akan aku bilang,
Halaman kampungan itu power,
Aku bisa hidup disitu,
Disitu aku hidup,
Hidup dengan power.

# tak remeh

Ketat kaki,
Kasut ketat,
Pedih kerana ketat,
Ketat jadi kematu,
Tempuh dengan ketat,
Padat jadi sendat,
Jalan padat-padat,
Sakit makin padat,
Singgah jumpa donald,
Makan sampai sendat,
Donald bagi burger,
Sumpah terasa saka,
Tukar kasut ketat,
Sarung kasut bernafas,
Kedai donald bau kaki,
Kaki cagu bau misteri,
Langkah keluar mcd,
Nyala sebatang ciggar,
Pewhh padu lah,
Makan disulam ciggar.

28 April 2014

# basah dalam windbreaker

Derai mata,
Kasih di jendela,
Basah resah aku kisah,
Tepat pada arah.

Tangan aku rasa itu basah,
sedap-sedap kuyup,
Kecut itu sedap,
Sejuk pun sedap,
Nikmat itu sedap.

23 April 2014

# lebih rasa dari kata

Mana mata,
Yang merah dan kuyu,
Kekadang teruk kuning,
Engkau bersengkang mata.

Mana mulut,
Yang ketawa dan bercakap,
Kekadang teruk berdekah,
Engkau senak perut.

Mana telinga,
Yang pekak dan rasa kuat,
Kekadang salah dengar,
Engkau jawab lain.

Mana perut,
Yang keroncong dan panas,
Kekadang rasa kosong,
Engkau melapah macam singa.

Ini semua sorga dunia,
Yang kata ada masa,
Kekadang itu lupa,
Engkau tidak muda sampai sorga.

# sober

Sunyi itu,
Kedengaran bising-bising malam,
Dekah dan ketawa bagai nyalakan anjing,
Anjing yang ternampak iblis.

Bintang itu,
Lihat apa jadi malam itu,
Bulan itu,
Lihat apa jadi malam itu,
Semesta itu,
Melihat juga apa jadi malam itu.

Saksi malam itu,
Hanya kejadian yang lihat,
Yang mana mimpi,
Hanya akan sedar bila pagi,
Berkata hanya pada dengar,
Bukan merasai apa jadi malam itu.

20 April 2014

# Dulu itu bebas

Selamat ia berenang,
kini tidak lagi,
dulu bebas berenang, 
redah berjuta persegi, 
kini galak di tepian.

Tepian makin suram,
tengahan makin gelam,
tiada arah, tiada tuju, 
manusia makin rakus, 
mereka makin pupus.

Menunggu putus nyawa semua di tangan manusia, 
mereka meneroka, 
mereka-mereka pemusnah,
di laut mereka menderita.

Mereka menerjah jaring, 
mereka hilang tempat teduhan, 
semua nayaan tangan manusia. 

Kami hanya mahu bebas, 
bebas seperti dulu, 
dulu yg mekar tidak layu seperti kini, 
beri lah kami dulu itu, 
hanya itu dulu, 
dulu itu.

# awak tu haa..




Aku rindu mata itu,
aku rindu senyum itu,
aku rindu ketawa itu,
aku rindu kegilaan itu,
tika itu aku siniskan senyum,

Aku akan senyap melihat kegilaan itu,
kegilaan yg menampal keredupan,
keredupan yg dulunya dipanas terik membahang,

Kau berawan teduh,
menutup terik membahang,
aku rasa itu redup,
seperti selindung di bawah pokok mengelak terik supernova.

#naya

" Tika begini ketawa dan senyum itu ibarat air manis yang bersemut,
nafsu itu sehingga menerjah isi perut yang lopong kosong " - MK

19 April 2014

Ubat.

" Dikikis, terguris sangat perit. 
Tapi engkau menjahit, menampal yang perit jadi sedap-sedap sayang. "

18 April 2014

Engkau.

Aku kata sayang, 
engkau tersudut malu kucing.
Aku kata cinta, 
engkau terlentang lena berdengkur.

01 April 2014

#TheHope

To you, thanks for coming in my
life. Am really thank to God for 
sending you. You're the one that 
inspired me till am change. You 
like an angel in my heart and my 
life. Every single moment am 
with you and it will be the best
moment in my life. If am not able
to be by your side again, I just
want you to know that I LOVE YOU
till am disappear from this world.
I  LOVE YOU, SALEHAH.

#TheHope

To ibu, sorry for sometimes make
you angry and cry because of me.
You're the best ibu that I ever had.
Adik love you, ibu.

#TheHope

To abah, adik have make you down
for the past 6 years. But now I
promise you'll never get
disappointed by me. And InshaAllah
you will smile.

#TheHope

To my parents ibu abah. Am
sorry about my past, now am
growing up with a new hope.
Hope that being inspired.
She's the one that wake me
up and inspired me.

Dimana rindu?

Sini rindu, sana rindu.
Sana rindu, sini rindu.
Apa bisa aku genggam semula rindu.
Rindu yang sana sini.
Sana sini rindu.
Sini sana rindu.

Adakah ini balik yang sayu?

Aku akan balik tapi aku tinggalkan
sesuatu yang aku tak boleh bawa
balik. Belum masa. Dia.

30 March 2014

Malam itu, Pantai itu dan Ombak itu.

Disaat kau melihat ombak,
Aku lihat engkau.
Disaat kau bermain ombak,
Aku lihat engkau.
Aku suka keadaan itu.

26 March 2014

Lagu Aku sama Si Dia - Bintang Hatiku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tau ragamu tak utuh
Kuterima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh

Karena bagiku engkaulah nyawaku

Logik dan Akal

Logik ini tak bergraviti dan berpaksi,
Akan tapi,
Akal itu bergraviti dan berpaksi,
Kerna itu sulaman aksara biar lawa,
Biar padu,
Renda ayat biar berhati tika menyulam,
Agar sekemas paksi akal,
Kemasnya paksi akal,
Aksara lawa dan padu,
Berbuah renda ayat,
Yang bisa mengundang gerimis,
Keresahan,

Sulaman jadi lesi,
Dek anasir-anasir,
Benang-benang yang tidak masuk ke lubang jarum,
Salah masuk jari tertikam jarum,

Darah maruah jatuh.

25 March 2014

Pantun - Dari Aku kepada Dia

Seputih salju di musim sejuk,
  Semekar harum di musim bunga,
Berdua bersama ditepi tembok,
  Mula memetik sekuntum cinta.

Gelak ketawa bagai sejoli,
  Luruh sekuntum bunga mawar,
Ada maksud hadirmu disisi,
  Untuk menjadi satu penawar.

Menunggu mawar jatuh ke riba,
  Muncul seekor kumbang merah,
Sudah lama hati berbunga,
  Mengisi hati yang lama resah.

Cantik bergaya anak raja,
  Jarang sekali membuat cemburu,
Hati ini untuk si dia,
  Lekaslah beri cinta seribu.

Masak kuning padi di sawah,
  Bermain keli ditepi jerami,
Jangan kasih dikau gelisah,
  Segeralah isi ruang hati.

Sesuci hati seindah rupa,
  Secantik raja setampan puteri,
Nilai hajat sangat berjuta,

  Ingin bersama sehingga mati.

Syair - Kau Gadis Sorga

Ditulis kisah dua sejoli,
Kemana pergi ada disisi,
Tidaklah renggang walau seinci,
Kasih dan sayang utuh dihati.

Gadis kota indah lah nian,
Muka berseri menjadi idaman,
Sikap baiknya menjadi tarikan,
Sehingga tertarik jejaka pekan.

Gusi si dia terlihat dikala senyum tawa,
Mata serupa sepet disaat suka,
Gigi kapaknya sangatlah lawa,
Kapak yang jinak sangat bermakna.

Jari yang molek lembut sutera,
Selalu dibelai sang putera raja,
Pipi yang cantik merah kadangnya,
Puteri cantik tertewas jua.

Tubuh genit selalu berlagak,
Dikala angin menewaskan gagak,
Sang putera raja tertawa teresak,
Berasa si dia teman di sorga kelak.

Sesuci hati sesuci rupa,
Perintah Maha Esa selalu di dada,
Membimbing sang putera raja dijalanNya,

Moga sentosa aman hendaknya.

Pantun - Gadis Pilihan

Secantik puteri gunung Santubong,
  Seputih gebu laksana Mahsuri,
Hendak kemana janganlah sombong,
  Agar sentiasa menjadi pilihan hati.

Keluar ke kota bersama rakan,
  Ditemani pula sang jejaka,
Alangkah indah jadi pilihan,
  Hidup bersama dikala suka duka.

Si gadis manis berhijab pula,
  Senyum tawa terlihat gusi,
Si gadis manis janganlah terasa,
  Cinta abang terlekat dihati.

Engkau tiba hati mula bergula,
  Terlalu banyak dihurung semut,
Janganlah tidak menerima cinta,
  Ikhlas dihati hendak bertaut.

Terlalu jauh terpesong akidahnya,
  Si gadis tiba memberi harapan,
Hati gelapku mula bercahaya,
  Seorang gadis jalan penyelesaian.

Engkau adalah satu nikmat suci,
  Membimbing aku pada jalanNya,
Sebuah nikmat suci dari ilahi,

  Berdua berkasih pada jalan yang Esa.

Apakah itu date?

Semalam aku dan dia
Semalam masa aku
Semalam masa dia
Kami bersama
Berdua.



(tulisan di perabot dua satu c kosong tiga, pertama mac)

28 February 2014

Dia seputih salju

Disaat engkau mula berbicara,
Disaat engkau mula meminta,
Hati gelapku mula bercahaya,
Mencoba merubah segalanya.

Aku mula merasai,
Apa itu hati.

Aku mula merasai,
Apa sebab hadirmu disisi.

Aku mula merasai,
Engkau bagai bidadari,
Untuk aku terus diajari.

Kini aku merasai.
Engkau adalah satu nikmat suci,
Sebuah nikmat suci dari Ilahi.




(perabot dua satu c kosong tiga, jumaat terakhir februari)

Tunggu, Tiba dan Dia

Bertemu di meja putih berbatu,
Menantimu setiap detik waktu,
Aku duduk terus menunggu,
Menanti sampai engkau disisiku,

Engkau tiba hatiku bergula,
Dihurung semut teramat manisnya.

Melihatmu hatiku tercoret suka,
Bertemumu aku bisa gila,
Melihat matamu aku terkesima,
Melihat senyummu hatiku mekar berbunga.





(perabot dua satu c kosong tiga, jumaat terakhir februari)

26 February 2014

Kau gadis sorga


Gusi si dia terlihat di kala senyum tawa,
Mata serupa sepet di saat suka,
Gigi depan seakan kapak,
Akan tetapi ia kapak yang jinak.

Jari yang molek lembut sutera,
Selalu dibelai sang putera raja,
Pipi yang cantik kadang kemerahan,
Puteri cantik tidak terlawan.

Tubuh genit berlagak perkasa,
Dikala angin menewaskan raksasa,
Sang putera raja tertawa teresak,
Berasa si dia teman di sorga kelak.

Sesuci hati sesuci rupa,
Perintah Maha Esa selalu di dada,
Membimbing sang putera raja dijalanNya,
Moga sentosa aman hendaknya.





(meja buatan batu, kaki tempang, 24/2/14)
(khas buat si dia gadis S)

Kau yang berjuta batu



Bintang,
Engkau bercahaya begitu lama,
Tetapi aku tidak pernah merasai cahayamu,
Agar aku lebih bertuah pada hari esok,
Dan hari yang seterusnya,

Aku melalui jejambat kecil dalam gulita,
Sekiranya mengharapkan bulan memberi cahaya padaku,
Perlu aku tahu ada tempoh ia bercahaya,
Cahaya daripada bulan aku tahu adalah cahaya pinjaman,
Meminjam cinta aku tak mahu,
Tidak mahu belas kasihan berupa cinta,
Yangku perlu sebutir pemberian,
Sebutir pun cukuplah,

Dosa telah menggelapkan hati aku,
Itu kata kau tentang hati gelap aku,
Hulurkan aku sesinar cahaya serupa cinta,
Agar dapat aku jernihkan hati yang kegelapan,

Memancar terang laluan atas jejambat,
Kenapa kau bintang, bakhil?




(meja buatan batu, kaki tempang, 24/2/14)

21 February 2014

Ratap

Maafkan aku,
Dikala aku menipu diri sendiri,
Aku terdiam kaku,
Kau pasti akan menangisi.

Salahkan aku,
Dek kerana mengisi ruang hati,
Memberi engkau cinta seribu,
Namun aku berlari pergi.

Bunuhkan aku,
Dengan apa yang kau rasai,
Tusuklah hempedu hitam,
Walau sukar kau jalani,
Biar rasa mengalir hitam,
Asal puas rasa hati.

Matikan aku,
Mati dari kewujudan hati,
Biar otak engkau lupa aku,
Yang pernah meriba di peha kiri,
Yang pernah mengurai rambutmu,
Yang pernah membelai pipi,
Ya, pipi yang merah jambu,
Jangan tidak lupakan ini,
Kerna ia dusta-dusta aku,
Pergilah engkau mencari,
Rusuk idaman kalbu,
Kerna aku tak bisa memiliki,
Gadis kenit moga engkau,
Menemui pengganti diri.

Aku,
Aku pulih dari menipu,
Aku kini bisa berdiri,
Sendiri..


(Perabot dua 1C03 Kolej Jasmine, 9.30am, 22/2/14)

12 February 2014

" Aku lebih rela mati, dari _____ "

Bersediakah kita?
Relakah kita?
Sanggupkah kita?

Dihentikan degupan,
Dihentikan menghela nafas,
Dihentikan segalanya,
Dari menikmati kewujudan.

HITAM

Hitam,
Dalam bisu aku merasa,
Di satu sudut kegelapan,
Ya, ianya sangat kelam,
Ia mula sangat jernih,
Dari hari ke hari,
Ia mengering menjadi kepingan,
Kepingan yang mengering dan mengeras,
Lama-kelamaan kehitaman.