20 April 2014

# Dulu itu bebas

Selamat ia berenang,
kini tidak lagi,
dulu bebas berenang, 
redah berjuta persegi, 
kini galak di tepian.

Tepian makin suram,
tengahan makin gelam,
tiada arah, tiada tuju, 
manusia makin rakus, 
mereka makin pupus.

Menunggu putus nyawa semua di tangan manusia, 
mereka meneroka, 
mereka-mereka pemusnah,
di laut mereka menderita.

Mereka menerjah jaring, 
mereka hilang tempat teduhan, 
semua nayaan tangan manusia. 

Kami hanya mahu bebas, 
bebas seperti dulu, 
dulu yg mekar tidak layu seperti kini, 
beri lah kami dulu itu, 
hanya itu dulu, 
dulu itu.

No comments: