21 February 2014

Ratap

Maafkan aku,
Dikala aku menipu diri sendiri,
Aku terdiam kaku,
Kau pasti akan menangisi.

Salahkan aku,
Dek kerana mengisi ruang hati,
Memberi engkau cinta seribu,
Namun aku berlari pergi.

Bunuhkan aku,
Dengan apa yang kau rasai,
Tusuklah hempedu hitam,
Walau sukar kau jalani,
Biar rasa mengalir hitam,
Asal puas rasa hati.

Matikan aku,
Mati dari kewujudan hati,
Biar otak engkau lupa aku,
Yang pernah meriba di peha kiri,
Yang pernah mengurai rambutmu,
Yang pernah membelai pipi,
Ya, pipi yang merah jambu,
Jangan tidak lupakan ini,
Kerna ia dusta-dusta aku,
Pergilah engkau mencari,
Rusuk idaman kalbu,
Kerna aku tak bisa memiliki,
Gadis kenit moga engkau,
Menemui pengganti diri.

Aku,
Aku pulih dari menipu,
Aku kini bisa berdiri,
Sendiri..


(Perabot dua 1C03 Kolej Jasmine, 9.30am, 22/2/14)

No comments: