26 February 2014

Kau yang berjuta batu



Bintang,
Engkau bercahaya begitu lama,
Tetapi aku tidak pernah merasai cahayamu,
Agar aku lebih bertuah pada hari esok,
Dan hari yang seterusnya,

Aku melalui jejambat kecil dalam gulita,
Sekiranya mengharapkan bulan memberi cahaya padaku,
Perlu aku tahu ada tempoh ia bercahaya,
Cahaya daripada bulan aku tahu adalah cahaya pinjaman,
Meminjam cinta aku tak mahu,
Tidak mahu belas kasihan berupa cinta,
Yangku perlu sebutir pemberian,
Sebutir pun cukuplah,

Dosa telah menggelapkan hati aku,
Itu kata kau tentang hati gelap aku,
Hulurkan aku sesinar cahaya serupa cinta,
Agar dapat aku jernihkan hati yang kegelapan,

Memancar terang laluan atas jejambat,
Kenapa kau bintang, bakhil?




(meja buatan batu, kaki tempang, 24/2/14)

No comments: